Saturday, March 3, 2018

Best Friend menurut IslaM


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI MENURUT ISLAM

  • Teman yang baik ialah apabila melihat wajahnya teringat akan Allah, apabila mendengar madahnya menambah ilmu pengetahuan & apabila melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.
  • Jadilah sahabat yang sejati sebelum mencari sahabat sajati.
Sifat-sifat sahabat sejati
  1. Apabila kamu berbakti padanya – dia akan melindungi kamu.
  2. Apabila kamu rapatkan persahabatan – dia akan membalas.
  3. Apabila kamu meminta pertolongan – dia sedia membantu.
  4. Apabila kamu hulurkan kebaikan – dia terima dengan baik.
  5. Apabila dia dapat sesuatu darimu – dia akan hargai.
  6. Apabila dia nampak aib kamu – dia akan tutup (dgn menegur & menasihati)
  7. Apabila kamu berdiam diri kerana malu meminta – dia akan bertanya.
  8. Apabila datang bencana menimpa kamu – dia akan meringankan bebananmu.
  9. Apabila kamu berkata sesuatu – dia akan membenarkan (memperbetul)
  10. Apabila kamu merancang sesuatu – dia akan membantu laksanakan rancangan itu.
  11. Apabila kamu ber-2 berselisih faham – dia akan mengalah (demi menjaga persahabatan)
  12. Melarang daripada melakukan maksiat, membantu dalam menjalankan tanggungjawab.
  13. Mendorong kejayaan dunia & akhirat.