Saturday, January 6, 2018

IHSAN TERHADAP HAIWAN

2018
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
HADIS PELAJARAN 7:
IHSAN TERHADAP HAIWAN


Seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah! Saya hendak sembelih kambing saya ini, tetapi saya kasihan kepadanya."Rasulullah bersabda: "Jika engkau mengasihi kambing itu, tentu Allah mengasihi engkau."

 “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qasas :77)
Rasulullah SAW bersabda:
 "Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan dia akn mendapat pahala 100 kebaikan, sesiapa yang membunuh cicak dengan dua pukulan dia akn mendapat pahala kurang daripada 100, dan sesiapa yang membunuh cicak dengan tiga pukulan dia akn mendapat pahala kurang daripada pukulan kedua,"
(Riwayat Al-Tarmizi)

 ~Buku Teks Pendidikan Islam
m/s 53-57
 
 


Friday, January 5, 2018

MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

2018
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1:
MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH





Doa Memohon Keampunan Allah


Kisah Pengampunan ALLAH terhadap Abu Lubabah  
Abu Lubabah memohon keizinan daripada Rasulullah berjumpa yahudi Bani Kurai’zah yang sedang dikepung oleh Rasulullah dan para sahabat. Dia disambut dengan tangisan wanita yahudi dan kanak-kanak. Apabila mendengar rintihan dan tangisan mereka hatinya menjadi lembut. Pemimpin yahudi mengambil kesempatan ini untuk mengetahui rahsia tentang tindakan Rasulullah terhadap mereka yang melanggar perjanjian. Mereka bertanya: “Adakah kami akan dihalau seperti yahudi Bani Qaniqa’ dan Bani Annazir?” Abu Lubabah tidak berkata apa-apa apabila mendengar soalan itu. Dia hanya mengisyaratkan tangan ke lehernya yang ermaksud “bunuh” atau “perang”. Beberapa detik selepas kejadian itu, Abu Lubabahmenyedari kesalahannya membuka rahsia tentera Islam. Beliau malu kepada ALLAH dan Rasulullah serta umat Islam. Abu Lubabah masuk ke masjid Nabawi dan mengikat dirinya di tiang masjid. Semasa menangis dia berkata: “Saya telah mengkhianati ALLAH dan Rasulullah.” Beliau tidak akan membuka ikatannya sehingga ALLAH mengampuni dosanya. Isteri dan anak-anaknya membuka ikatan apabila masuk solat kemudian dia mengikat dirinya semula. Setelah enam hari berlalu, Rasulullah menerma wahyu yang menjelaskan bahawa ALLAH mengampunkan dosa Abu Lubabah. Isteri Rasulullah yang bernama Ummu Salamah memberitahu kepada sahabat berita gembira itu. Para sahaba mengucapkan tahniah dan cuba membuka ikatan Abu Lubabah. Abu Lubabah tidak membenarkan mereka membuka ikatan tersebut dan berkata: “Biarlah Rasulullah yang membuka ikatanku dengan tangannya yang mulia”. Apabila masuk waktu Subuh Rasulullah  masuk ke masjid dan membuka ikatan serta menyampaikan berita gembira pengampunan ALLAH terhadapnya. Rasulullah pun membaca ayat berikut: 
“…dan  segolongan lagi mengaku dosa yang mereka lakukan, mereka mencampur amalan yang baik dengan amalan yang berdosa, mudah-mudahan ALLAH mengapuni dosa mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(At-Taubah:102)



 ~Buku Teks Pendidikan Islam
m/s 10-13

Wednesday, January 3, 2018

KECEMERLANGAN SEHARIAN KITA

14 / 08 / 2017
Kecemerlangan Seharian Kita
  • Kecemerlangan Seharian Kita Ditentukan dengan amalan yang dilakukan 10 minit selepas bangun tidur sepeti membaca doa, mandi, bersuci, berwuduk untuk tunaikan solat Subuh.
“Syaitan melilit leher seseorang di antara kalian dengan tiga lilitan ketika ia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, “Nikmatilah malam yang panjang ini”. Apabila ia bangun dan mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila ia berwuduk, lepaslah lilitan kedua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak (dilakukan), ia akan terbawa lembap dan malas” (HR Bukhari – Muslim)
  • Akibat meninggalkan solat : hati yang keras dan gelap tidak akan menerima nasihat.
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

IHSAN

IHSAN

Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan ?
Ihsan ialah melakukan ibadat kepada allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat allah atau sesungguhnya allah melihat kamu. Dengan perkataan lain bahawa :
  1. Allah melihat apa yang kamu lakukan.
  2. Allah mendengar apa yang kamu perkatakan.
  3. Allah mengetahui apa yang kamu fikirkan.
Apakah pebuatan yang diperolehi oleh orang-orang yang berbuat ihsan?
Kebaikan yang diperolehi ialah :
  1. Allah sentiasa mengasihinya .
  2. Allah melimpahkan rahmat kepadanya .
  3. Allah mengampuni dosanya .
  4. Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya .
  5. Allah memberi ganjaran pahala .
  6. Allah menjanjikan masuk syurga .
~Buku darjah 6 2015

APABILA CINTA BERTAMU DI HATI

APABILA CINTA BERTAMU DI HATI

Faktor
  • terpengaruh dengan rakan
  • diabai orang sekeliling
  • kurang kasih sayang
  • gambar menggoda
  • kurang didikan agama
  • mulut manis
  • dorongan novel / cerita cinta
  • schoolmate / classmate / tuitionmate
  • tidak bertepuk sebelah tangan
Kesan
  • lalai dalam kelas
  • berkhayal
  • jauh dari ALLAH
  • ditimpa kecelakaan
  • ingin nampak menarik
  • pretasi menurun
  • membuang masa
  • dosa
  • tidak mendengar nasihat
  • tekanan perasaan
Perlukah Cinta Di Awal Remaja ?
Λ Ya, tetapi dengan satu syarat iaitu bercinta hanya dengan ALLAH. 
Λ Tidak, kerana : Mendekati zina (Menjatuhkan maruah) , Membuang masa (Mengganggu pelajaran) , Menghancurkan Masa Depan.

Cara Mengatasi dan Mengelak
Sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH.
Fokus dalam pelajaran.
Stop stallk social media
Menjaga pandangan
Jaga pergaulan di social media
Sibukkan diri
Jaga ikhtilat
Ubah diri menjadi lebih baik
Kempen ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina)
Meminta nasihat Kaunselor
Membaca buku ilmiah.
Menjaga percakapan dan pandangan
Mengelakkan berjumpa berdua-duaan. Bawa rakan.
Jangan dilayan
~kerjasama rakan sekelas

AL-QURAN DI HATI

16 / 06 / 2017

AL-QURAN DI HATI

  1. Al-Baqarah : 185
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
  1. Peringkat penurunan al-Quran :
    • ALLAH
    • Luh mahfuz
    • Baitul Izzah
    • Nabi Muhammad – diturunkan secara berperingkat oleh Jibril selam 23 tahun.
  2. Ibadah :
  • Solat – Berkata dengan ALLAH
  • Quran – Kata-kata ALLAH
  1. Bangun dari tidur dalam keadaan beriman dan tidur semula dalam keadaan beriman.
  2. Selawat dan salam ke atas Rasulullah.
  3. Rasulullah sebagai ikon sepanjang zaman.
  4. Matlamat Penurunan Al-Quran :
  • Petunjuk
  • Menjelaskan perkara baik dan buruk.
  • Nasihat, pengajaran dan ‘merawat penyakit’ hati.
  • Membina umat yang berteraskan akdah, syariat dan akhlak Islam.
  1. Istimewa Al-Quran :
  • Dipelihara sejak penurunan hingga ke hari kiamat.
  • Kisah terdahulu dan akan datang.
  • Turun kepada seluruh umat manusia dalam Bahasa Arab.
  • Membacanya adalah Ibadah.
  1. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”
  2. Situasi masa kini…
  • Baca tapi menentang dengan ajaran al-Quran.
  • Dengar tapi tidak hayati.
  • Faham isi tapi tidak mempraktikkan
  • Kenal tapi menetang dan sanggup memperlekehkan janji dan azab ALLAH.
  1. Kesan Tidak Menghayati Al-Quran
  • Individu : Sempit dada dan lupa diri
  • Masyarakat : hidup sulit. Zalim dan hina.
  • Akhirat : tidak mendapat syafaat. Berteman syaitan.
  1. Lailatul Qadar…
  • Lebih baik dari 1000 bulan.
  • Malaikat turun ke dunia
  • Limpahan kesejahteraan hingga ke pagi.
  • Sesiapa yang menghidupkan malam tersebut, dosanya diampun.

AMALAN KETIKA RAMADAN

26 / 05 / 2017
: Perhimpunan sebelum Ramadan / cuti sekolah

AMALAN KETIKA RAMADAN

  1. Hari Sya’ = 29 Syabaan .
  2. Membangunkan Ramadan – Menghidupkan hari-hari di bulan Ramadan.
  3. Objektif Ramadan : Moga-moga menjadi orang yang bertakwa.
  4. Amalan ketika Ramadan :
    • Solat malam
    • Sedekah
    • Membaca al-Quran
    • Ibadah Umrah
    • Iktikaf di Masjid
    • Cari keutamaan lailatul Qadar
    • Segera berbuka dan lewatkan sahur
    • Zikir, Istigfar & doa
    • Zakat fitrah.
  5. Bahagia itu adalah membahagiakan orang lain untuk bahagia bersama-sama.

KESEMPURNAAN WUDUK

11 / 08 / 2017
KESEMPURNAAN WUDUK
  1. Wuduk bermaksud meratakan air ke seluruh kawasan tertentu berserta niat.
  2. Rukun Wuduk :
  • Niat
  • Membasuh muka
  • Menyapu air ke tangan hingga ke siku
  • Meratakan air ke kepala
  • Membasuh kaki
  • Tertib
  1. Sunat-sunat ketika wuduk :
  • Berkumur atau memasukkan air ke hidung.
  • Membaca doa selepas wuduk
  1. Hikmah berwuduk :
  • Menggugurkan dosa kecil.
~seorang sahabat

LIDAH

04 / 08 / 2017

LIDAH

  1. Kita menggunakan lidah untuk bertutur dan merasa.
  2. Lidah adalah organ yang tiada tulang dan berdaging lembut.
  3. Lidah membawa bahaya yang amat besar kepada diri dan orang lain seperti:
  • Pertelingkahan
  • Dendam
  1. Lidah boleh membawa kita ke neraka kerana perbuatan :
  • Ucap sesuatu yang tidak berfaedah.
  • Memaki hamun dan bercakap kotor seperti mencaci binatang .
  • Mengumpat
  • Nyanyian iaitu lagu yang melekakan kita dari mengingati ALLAH.
Ibnu Mas’ud berkata:
Nyanyian menimbulkan kemunafikan dalam hati seperti air menyirami sayuran, sedangkan zikir menumbuhkan iman dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman.
  1. Lidah juga boleh membantu kita untuk ke syurga melalui cara :
  • Berzikir
  • Berdoa
  • Bercakap benda baik
  • Menegur orang yang berbuat salah
  • Membaca al-Quran.

KISAH LUQMAN AL-HAKIM

Pada suatu hari majikannya bertanya kepadanya: “Hai Luqman, tahukah kamu, apakah sesuatu yang paling baik yang dapat kamu berikan kepadaku?” Jawab Luqman: “Ya saya tahu.” Lantas ia menyembelih seekor kambing. Diambilnya hati dan lidah, lalu diserahkan kepada majikannya, sambil berkata: “Ini hati dan lidah, sesuatu yang paling baik, sebagaimana kamu harapkan dariku.”
Beberapa hari kemudian majikannya meminta lagi sesuatu kepada Luqman. “Hai Luqman, tahukah kamu sesuatu yang paling buruk yang dapat kamu berikan kepadaku?” Luqman berkata: “Ya saya tahu.” Lalu ia menyembelih lagi seekor kambing. Diambilnya hati dan lidah, kemudian diberikan kepada majikannya, sambil berkata: “Ini hati dan lidah, sesuatu yang paling buruk yang kamu minta kepadaku.”
Majikan Luqman berasa hairan lalu bertanya: “Aneh tingkah lakumu wahai Luqman. Ketika aku minta kepadamu sesuatu yang paling baik, kau berikan kepadaku hati dan lidah. Dan apabila aku minta kepadamu sesuatu yang buruk, kamu juga memberikan kepadaku hati dan lidah.”
“Jangan hairan,” kata Luqman. “Kamu harus tahu bahawa hati dan lidah itu adalah sesuatu yang paling baik dalam setiap kehidupan, tetapi kamu juga perlu ingat bahawa hati dan lidah itu juga sesuatu yang paling buruk dalam setiap kehidupan.”
Selanjutnya Luqman berkata: “Jika hati dan lidah baik, maka kehidupan pun akan menjadi baik. Sebaliknya jika hati dan lidah jahat, maka kehidupan akan menjadi jahat.”

SIFAT ORANG YANG BERTAKWA

23 / 07 / 2017

SIFAT ORANG YANG BERTAKWA

  1. Membelanjakan harta di jalan ALLAH.
  • Kebaikan diri dan orang lain.
  • Tidak mementingkan diri sendiri walaupun dalam kesusahan.
  1. Mengawal diri ketika marah.
  • Tidak melulu apabila berhadapan dengan ejekan.
  • Cara menghilangkan marah :
    1. Mengucap “a'uzu billahi minashaitanir rajim”
    2. Mengambil wuduk
    3. Duduk jika sedang berdiri.
    4. Berbaring jika sedang duduk.
  1. Memaafkan kesalahan orang lain.
  • Berlapang dada walaupun orang melakukan kesalahan terhadap mereka.
  • Sejarah merakamkan ramai orang memeluk Islam kerana tertarik dengan sifat Halim = lemah-lembut yang ditunjukkan Rasulullah.
  • Seorang yahudi bersikap kasar terhadap Rasulullah ketika menuntut hutang daripada Baginda lebih awal dari masa yang dijanjikan. Saidina Umar yang berada bersama Rasulullah ketika itu memegang leher baju yahudi tersebut & mengasarinya kerana dia bersikap kasar terhadap Rasulullah. Rasulullah menyuruh saidina Umar supaya melepaskannya & meminta saidina Umar melunaskan hutang tersebut dengan menambah jumlahnya. Lelaki yahudi tersebut terharu atas layanan Rasulullah. Dengan rasa insaf, akhirnya dia memeluk Islam di hadapan Rasulullah.
  • Bersikap pemaaf supaya banyak kebaikan yang kita akan perolehi.
  • Rasulullah s.a.w bersabda :
“Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
  1. Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan. 
  • Menginsafi & memperbaiki diri apabila mereka terlanjur melakukan perkara mungkar.
  • Tidak membiarkan diri bergelumang dengan dosa & kesalahan.
  • Mudah menerima nasihat.

MASA

21 / 07 / 2017

MASA
  1. Mukalaf = orang yang dipertanggungjawabkan
  2. Pakai Jam untuk menyusun masa
  3. Surah al Asr : 1-3 –Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.
  4. “Tidak akan melangkah kedua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sampai ia ditanya empat (perkara): tentang umurnya, kemana ia mengabiskannya; tentang ilmunya, apa saja yang telah ia amalkan; tentang hartanya, dari mana ia memperolehnya dan ke mana ia membelanjakannya; serta tentang badannya, ke mana ia melangkahkannya.” (Riwayat Tarmizi)
  5. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa miskin. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
  • Guna waktu muda sebaik mungkin untuk melakukan amal ibadah seperti menuntut ilmu. Sekiranya tidak diamalkan sedari muda, lagikan pula tua.
  • Jangan sewaktu sakit sahaja, baru ingat pada ALLAH.
  • Kaya = dapat hidup dengan sempurna seperti fizikal cukup.
  • Lapang = jangan sampai betul-betul kalut. Guna masa lapang sebaiknya.
  1. Jangan yakin kita boleh hidup lama? Bersedia untuk sebarang kemungkinan.
  2. Mungkin esok masih ada tetapi esok untuk siapa?

ORANG YANG BIJAK

18 / 07 / 2017

ORANG YANG BIJAK

“Daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang bijak yang boleh menguasai dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kerana ALLAH.”
(Riwayat Tirmizi)
  1. Kebijaksanaan – sifat penting bagi seorang mukmin kerana yang dikatakan orang yang bijak ialah orang yang dapat menimbang dengan adil & wajar kepentingan dirinya di dunia dan di akhirat serta dapat mengawal dirinya daripada pengaruh nafsu syahwat. Tidak ada kuasa yang boleh menundukkan nafsu seseorang itu selain dari iman.
  2. “Beramal untuk kehidupan sesudah mati” – melaksanakan segala amal yang mendapat keredhaan ALLAH & pahala sehingga sesudah mati. Manusia apabila mati akan terputusnya tiga amalan kecuali tiga perkara separti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam (manusia) terputuslah amalannya kecuali tiga sumber iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
  1. Segala nikmat di dunia amatlah kecil & sedikit jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Mereka yang berakalsahaja dapat memandang jauh ke hadapan dan tidak terpedaya dengan nikmat sementara dunia. Kita juga perlu sedar bahawa di akhirat kelak tidak ada sesiapa yang boleh memberi pertolongan sama ada sanak –saudara atau sahabat.
Firman ALLAH s.w.t: (Surah as-Syu’ra : 88-89)
“Pada hari akhirat itu, harta dan anak-anak tidak memberi faedah kecuali mereka yang datang menemui ALLAH dengan hati yang bersih.”
  1. Orang Islam yang lemah – mengikut hawa nafsunya. Akal fikirannya di bawah kuasa nafsu & ia terlupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa ia akan mati pada bila-bila masa.
  2. Berangan-angan kepada ALLAH – pandai berdoa & memohon kepada Allah tetapi masih melakukan larangan ALLAH. Masih tidak mahu beramal & bekerja untuk dunia & akhirat. Mereka termasuk dalam golongan pemalas, lemah & menipu diri sendiri. Mereka menyerah nasib & bertawakal kepada ALLAH. Golongan yang berangan-angan (berharap sesuatu tanpa usaha) ini bukan sahaja merosakkan diri, malah merosakkan kemajuan masyarakat & kemuliaan agama Islam.
  3. Iman menjadi penguasa & pendinding diri dari tercebur ke lembah kemungkaran & kemaksiatan. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah hawa nafsunya tunduk mengikut apa yang aku sampai kepadanya.”
Pengajaran
  1. Orang yang berakal – orang yang beriman & dapat melakukan sesuatu sesuai dengan kepentingan dirinya dan sesuai dengan ajaran ALLAH. Manakala orang yang tidak berakal ialah orang yang tunduk kepada hawa nafsunya.
  2. Orang mukmin sama sekali tidak suka berangan-angan kerana dia tahu bahawa ALLAH itu Maha Adil & tidak memungkari janji. Orang yang lemah sering berangan-angan kepada Allah tanpa alasan munasabah, berdoa tanpa beramal & bertawakal tanpa usaha.
  3. Orang yang berdoa tanpa usaha adalah orang yang berangan-angan manakala orang yang berusaha tanpa doa adalah orang yang sombong.
  4. Orang yang bijak – sentiasa mencari bekalan untuk kea lam kubur.

~teks dari seorang kak senior

SAHABAT

17 / 07 / 2017
SAHABAT
  • Tempat yang indah – Syurga
  • Orang yang bersama – orang yang ingin masuk bersam kita ke Syurga
Adab Bersahabat :
  1. Sahabat yang baik.
  2. Memuliakan sahabat dengan memberi bantuan dengan apa yang termampu.
  3. Apabila hendakkan kebaikan, mahu juga sahabatnya merasai kebaikan.
  4. Meskipun tidak minta tetapi ringan tulang untuk membantu. – Sekiranya kita tidak membantu orang lain, adakah orang lain akan membantu kita.
  5. Menutup aib kawan sebaik-baiknya, nescaya Dia tutup aib kita di akhirat.
  6. Nasihat dan jangan biarkan dia ‘hanyut’ begitu sahaja.

KEHIDUPAN MUSLIM SELEPAS RAMADAN

03 / 07 / 2017
KEHIDUPAN MUSLIM SELEPAS RAMADAN
  1. Konsep tarbiah dalam setahun iaitu Ramadan.
  2. Ramadan dikenali sebagai Madrasah Taqwa.
  3. Dijanjikan 3 perkara pada bulan Ramadan :
  • Keberkatan
  • Lailatul Qadar
  • Keampunan
  1. 11 bulan selepas Ramadan adalah peperiksaan.
  2. Dalam sebulan iaitu Ramadan sudah cukup untuk mukmin bersiap-sedia untuk menghadapi peperiksaan itu.
  3. Amalan 11 bulan selepas Ramadan :
  • Semangat beibadah yang tinggi
  • Beramal soleh
  • Menjaga diri dari maksiat
  • Suka membantu & mencintai saudara se-Islam
  • Berlumba-lumba melakukan amalan sunat
  • Membaca al-Quran
  • Jadilah seorang Muslim yang beristiqamah.

HAKIKAT IBADAH DALAM ISLAM

2016
HAKIKAT IBADAH DALAM ISLAM
  1. Ibadah - amalan yang disukai Allah.
  2. Kata-kata : Al-Quran. Perbuatan - Solat. Amalan Hati - Berbaik Sangka.
  3. Meninggalkan sesuatu & melakukan sesuatu.
  4. Ibadah fardhu ain. Ibadah fardhu kifayah.
  5. Berkaitan Allah.
  6. Wajib & sunat.

CRUSH

08 /05 / 2017
CRUSH
  1. Asyik = terindu yang hebat
  2. Cinta = Hati yang cepat tersentuh
  3. Berasal dari Nafsu. Ketika ALLAH mencipta akal lalu bertanya padanya : "Wahai Akal, siapakah Aku & siapa kamu?". Lalu Akal pun berkata : "Kau adalah Tuhanku & aku adalah ciptaanmu" . Kemudian ALLAH menciptakan Nafsu lalu Dia bertanya : "Wahai Nafsu, Siapakah Aku & siapa kamu?". Lalu Nafsu berkata : "Kamu adalah kamu & aku adalah aku.". Lantas Allah memasukkan nafsu ke dalam Neraka selama beberapa tahun. Apabila keluar ALLAH bertanya lagi : "Siapakah Aku & Siapa kamu?". Nafsu pun memberikan jawapan yang sama. Lantas ALLAH mencampakkannya lagi ke dalam Neraka & kali ini dalam keadaan lapar. Setelah dikeluarkan, ALLAH bertanya lagi : "Siapakah Aku & siapa kamu?". Nafsu pun menjawab :"Kau adalah Tuhanku & aku adalah ciptaanmu." Ibrah dari kisah ini adalah nafsu susah untuk ditundukkan.
  4. Faktor-faktor crush untuk pelajar :

MENANGIS

08 / 04 / 2017
MENANGIS
  1. Bersyukur - bekalan dalam hidup untuk akhirat.
  2. Bertakwa adalah bekalan yang sebaik-baiknya untuk ke akhirat.
  3. Ketawa sedikit & menangis banyak.
  4. Orang beriman bertakwa kepada Allah. Setiap orang memperlihatkan apa yang mereka usahakan untuk hari kiamat.
  5. Jangan jadi orang yang lupa akan Allah lalu Allah menjadikan dia lupa pada dirinya sendiri.
  6. Pernah suatu hari, Umar al-Khattab berjalan lalu mendengar alunan al-Quran tentang seksa Neraka. Dia pun pengsan. Para sahabat dapat melihat dua garus panjang di pipinya selepas kejadian itu (bekas tangisan).
  7. Menangis juga dapat mencuci mata.
  8. Tangisan yang 'automatik' apabila jiwa teringat akan Allah.
  9. Bila kulit bergetar kerana takut kepada Allah. Allah akn gugurkan dosa seperti daun gugur dari pokok.
  10. Apabila kiamat kelak, akan keluar api besar dari Neraka untuk menyambar umat Rasulullah. Lalu Jibril membawa segelas air & menyuruh nabi menyiram api tersebut. Api pun terpadam. Jibril menyimpan air mata keinsafan.

KOLAM JIWA

06 / 01 / 2016

10 Elemen
  1. Solat
  • Paksa diri untuk solah, lama-kelamaan menjadi ikhlas
  • Membanyakkan solat sunat
  1. Sedekah
  • Sunat
  • Yang sedekah itu Kekal