Wednesday, January 3, 2018

SIFAT ORANG YANG BERTAKWA

23 / 07 / 2017

SIFAT ORANG YANG BERTAKWA

  1. Membelanjakan harta di jalan ALLAH.
  • Kebaikan diri dan orang lain.
  • Tidak mementingkan diri sendiri walaupun dalam kesusahan.
  1. Mengawal diri ketika marah.
  • Tidak melulu apabila berhadapan dengan ejekan.
  • Cara menghilangkan marah :
    1. Mengucap “a'uzu billahi minashaitanir rajim”
    2. Mengambil wuduk
    3. Duduk jika sedang berdiri.
    4. Berbaring jika sedang duduk.
  1. Memaafkan kesalahan orang lain.
  • Berlapang dada walaupun orang melakukan kesalahan terhadap mereka.
  • Sejarah merakamkan ramai orang memeluk Islam kerana tertarik dengan sifat Halim = lemah-lembut yang ditunjukkan Rasulullah.
  • Seorang yahudi bersikap kasar terhadap Rasulullah ketika menuntut hutang daripada Baginda lebih awal dari masa yang dijanjikan. Saidina Umar yang berada bersama Rasulullah ketika itu memegang leher baju yahudi tersebut & mengasarinya kerana dia bersikap kasar terhadap Rasulullah. Rasulullah menyuruh saidina Umar supaya melepaskannya & meminta saidina Umar melunaskan hutang tersebut dengan menambah jumlahnya. Lelaki yahudi tersebut terharu atas layanan Rasulullah. Dengan rasa insaf, akhirnya dia memeluk Islam di hadapan Rasulullah.
  • Bersikap pemaaf supaya banyak kebaikan yang kita akan perolehi.
  • Rasulullah s.a.w bersabda :
“Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
  1. Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan. 
  • Menginsafi & memperbaiki diri apabila mereka terlanjur melakukan perkara mungkar.
  • Tidak membiarkan diri bergelumang dengan dosa & kesalahan.
  • Mudah menerima nasihat.

No comments:

Post a Comment