Wednesday, January 3, 2018

LIDAH

04 / 08 / 2017

LIDAH

  1. Kita menggunakan lidah untuk bertutur dan merasa.
  2. Lidah adalah organ yang tiada tulang dan berdaging lembut.
  3. Lidah membawa bahaya yang amat besar kepada diri dan orang lain seperti:
  • Pertelingkahan
  • Dendam
  1. Lidah boleh membawa kita ke neraka kerana perbuatan :
  • Ucap sesuatu yang tidak berfaedah.
  • Memaki hamun dan bercakap kotor seperti mencaci binatang .
  • Mengumpat
  • Nyanyian iaitu lagu yang melekakan kita dari mengingati ALLAH.
Ibnu Mas’ud berkata:
Nyanyian menimbulkan kemunafikan dalam hati seperti air menyirami sayuran, sedangkan zikir menumbuhkan iman dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman.
  1. Lidah juga boleh membantu kita untuk ke syurga melalui cara :
  • Berzikir
  • Berdoa
  • Bercakap benda baik
  • Menegur orang yang berbuat salah
  • Membaca al-Quran.

KISAH LUQMAN AL-HAKIM

Pada suatu hari majikannya bertanya kepadanya: “Hai Luqman, tahukah kamu, apakah sesuatu yang paling baik yang dapat kamu berikan kepadaku?” Jawab Luqman: “Ya saya tahu.” Lantas ia menyembelih seekor kambing. Diambilnya hati dan lidah, lalu diserahkan kepada majikannya, sambil berkata: “Ini hati dan lidah, sesuatu yang paling baik, sebagaimana kamu harapkan dariku.”
Beberapa hari kemudian majikannya meminta lagi sesuatu kepada Luqman. “Hai Luqman, tahukah kamu sesuatu yang paling buruk yang dapat kamu berikan kepadaku?” Luqman berkata: “Ya saya tahu.” Lalu ia menyembelih lagi seekor kambing. Diambilnya hati dan lidah, kemudian diberikan kepada majikannya, sambil berkata: “Ini hati dan lidah, sesuatu yang paling buruk yang kamu minta kepadaku.”
Majikan Luqman berasa hairan lalu bertanya: “Aneh tingkah lakumu wahai Luqman. Ketika aku minta kepadamu sesuatu yang paling baik, kau berikan kepadaku hati dan lidah. Dan apabila aku minta kepadamu sesuatu yang buruk, kamu juga memberikan kepadaku hati dan lidah.”
“Jangan hairan,” kata Luqman. “Kamu harus tahu bahawa hati dan lidah itu adalah sesuatu yang paling baik dalam setiap kehidupan, tetapi kamu juga perlu ingat bahawa hati dan lidah itu juga sesuatu yang paling buruk dalam setiap kehidupan.”
Selanjutnya Luqman berkata: “Jika hati dan lidah baik, maka kehidupan pun akan menjadi baik. Sebaliknya jika hati dan lidah jahat, maka kehidupan akan menjadi jahat.”

No comments:

Post a Comment