2018
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
HADIS PELAJARAN 7:
IHSAN TERHADAP HAIWAN
Seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah! Saya hendak sembelih kambing saya ini, tetapi saya kasihan kepadanya."Rasulullah bersabda: "Jika engkau mengasihi kambing itu, tentu Allah mengasihi engkau."
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qasas :77)
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan dia akn mendapat pahala 100 kebaikan, sesiapa yang membunuh cicak dengan dua pukulan dia akn mendapat pahala kurang daripada 100, dan sesiapa yang membunuh cicak dengan tiga pukulan dia akn mendapat pahala kurang daripada pukulan kedua,"
(Riwayat Al-Tarmizi)
~Buku Teks Pendidikan Islam
m/s 53-57
No comments:
Post a Comment