Friday, January 5, 2018

MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

2018
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1:
MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH





Doa Memohon Keampunan Allah


Kisah Pengampunan ALLAH terhadap Abu Lubabah  
Abu Lubabah memohon keizinan daripada Rasulullah berjumpa yahudi Bani Kurai’zah yang sedang dikepung oleh Rasulullah dan para sahabat. Dia disambut dengan tangisan wanita yahudi dan kanak-kanak. Apabila mendengar rintihan dan tangisan mereka hatinya menjadi lembut. Pemimpin yahudi mengambil kesempatan ini untuk mengetahui rahsia tentang tindakan Rasulullah terhadap mereka yang melanggar perjanjian. Mereka bertanya: “Adakah kami akan dihalau seperti yahudi Bani Qaniqa’ dan Bani Annazir?” Abu Lubabah tidak berkata apa-apa apabila mendengar soalan itu. Dia hanya mengisyaratkan tangan ke lehernya yang ermaksud “bunuh” atau “perang”. Beberapa detik selepas kejadian itu, Abu Lubabahmenyedari kesalahannya membuka rahsia tentera Islam. Beliau malu kepada ALLAH dan Rasulullah serta umat Islam. Abu Lubabah masuk ke masjid Nabawi dan mengikat dirinya di tiang masjid. Semasa menangis dia berkata: “Saya telah mengkhianati ALLAH dan Rasulullah.” Beliau tidak akan membuka ikatannya sehingga ALLAH mengampuni dosanya. Isteri dan anak-anaknya membuka ikatan apabila masuk solat kemudian dia mengikat dirinya semula. Setelah enam hari berlalu, Rasulullah menerma wahyu yang menjelaskan bahawa ALLAH mengampunkan dosa Abu Lubabah. Isteri Rasulullah yang bernama Ummu Salamah memberitahu kepada sahabat berita gembira itu. Para sahaba mengucapkan tahniah dan cuba membuka ikatan Abu Lubabah. Abu Lubabah tidak membenarkan mereka membuka ikatan tersebut dan berkata: “Biarlah Rasulullah yang membuka ikatanku dengan tangannya yang mulia”. Apabila masuk waktu Subuh Rasulullah  masuk ke masjid dan membuka ikatan serta menyampaikan berita gembira pengampunan ALLAH terhadapnya. Rasulullah pun membaca ayat berikut: 
“…dan  segolongan lagi mengaku dosa yang mereka lakukan, mereka mencampur amalan yang baik dengan amalan yang berdosa, mudah-mudahan ALLAH mengapuni dosa mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(At-Taubah:102)



 ~Buku Teks Pendidikan Islam
m/s 10-13

No comments:

Post a Comment