Wednesday, January 3, 2018

ORANG YANG BIJAK

18 / 07 / 2017

ORANG YANG BIJAK

“Daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang bijak yang boleh menguasai dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kerana ALLAH.”
(Riwayat Tirmizi)
  1. Kebijaksanaan – sifat penting bagi seorang mukmin kerana yang dikatakan orang yang bijak ialah orang yang dapat menimbang dengan adil & wajar kepentingan dirinya di dunia dan di akhirat serta dapat mengawal dirinya daripada pengaruh nafsu syahwat. Tidak ada kuasa yang boleh menundukkan nafsu seseorang itu selain dari iman.
  2. “Beramal untuk kehidupan sesudah mati” – melaksanakan segala amal yang mendapat keredhaan ALLAH & pahala sehingga sesudah mati. Manusia apabila mati akan terputusnya tiga amalan kecuali tiga perkara separti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam (manusia) terputuslah amalannya kecuali tiga sumber iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
  1. Segala nikmat di dunia amatlah kecil & sedikit jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Mereka yang berakalsahaja dapat memandang jauh ke hadapan dan tidak terpedaya dengan nikmat sementara dunia. Kita juga perlu sedar bahawa di akhirat kelak tidak ada sesiapa yang boleh memberi pertolongan sama ada sanak –saudara atau sahabat.
Firman ALLAH s.w.t: (Surah as-Syu’ra : 88-89)
“Pada hari akhirat itu, harta dan anak-anak tidak memberi faedah kecuali mereka yang datang menemui ALLAH dengan hati yang bersih.”
  1. Orang Islam yang lemah – mengikut hawa nafsunya. Akal fikirannya di bawah kuasa nafsu & ia terlupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa ia akan mati pada bila-bila masa.
  2. Berangan-angan kepada ALLAH – pandai berdoa & memohon kepada Allah tetapi masih melakukan larangan ALLAH. Masih tidak mahu beramal & bekerja untuk dunia & akhirat. Mereka termasuk dalam golongan pemalas, lemah & menipu diri sendiri. Mereka menyerah nasib & bertawakal kepada ALLAH. Golongan yang berangan-angan (berharap sesuatu tanpa usaha) ini bukan sahaja merosakkan diri, malah merosakkan kemajuan masyarakat & kemuliaan agama Islam.
  3. Iman menjadi penguasa & pendinding diri dari tercebur ke lembah kemungkaran & kemaksiatan. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah hawa nafsunya tunduk mengikut apa yang aku sampai kepadanya.”
Pengajaran
  1. Orang yang berakal – orang yang beriman & dapat melakukan sesuatu sesuai dengan kepentingan dirinya dan sesuai dengan ajaran ALLAH. Manakala orang yang tidak berakal ialah orang yang tunduk kepada hawa nafsunya.
  2. Orang mukmin sama sekali tidak suka berangan-angan kerana dia tahu bahawa ALLAH itu Maha Adil & tidak memungkari janji. Orang yang lemah sering berangan-angan kepada Allah tanpa alasan munasabah, berdoa tanpa beramal & bertawakal tanpa usaha.
  3. Orang yang berdoa tanpa usaha adalah orang yang berangan-angan manakala orang yang berusaha tanpa doa adalah orang yang sombong.
  4. Orang yang bijak – sentiasa mencari bekalan untuk kea lam kubur.

~teks dari seorang kak senior

No comments:

Post a Comment