Monday, July 27, 2020

HOMOPHONES

HOMOPHONES
  • Same punctuation
  • Different meaning
  • Different spelling
Example :
  1. Allowed – Aloud
  2. Heard – Hurt - Herd
  3. Knew – New
  4. Maid – Made
  5. Hour – Our
  6. Ship – Sheep
  7. Tree – Three
  8. Two – Too – To
  9. Four – For
  10. Ten –Tent
  11. Eight – Ate
  12. Land – Lend
  13. Sand – Send
  14. Night – Knight
  15. Son – Sun
  16. Root – Rude
  17. Pad – Pet – Pat
  18. Eye – I
  19. Bun – Barn
  20. An – Ant – And – End
  21. Luck – Lark
  22. Male –Maid
  23. Meat – Meet
  24. Hut – Heart
  25. Bed – Bad – Bat
  26. Mean – Mint
  27. By - Bye – Buy
  28. Deer - Dear
  29. Hole –Whole

AYAH

AYAH

Ayah
Kita telah lama merdeka
kita telah lama bebas
kita telah lama terbungkas
daripada cengkaman
penjajah.

Ayah
Perjalanan ini terlalu jauh
sukar sekali ditentukan
di manakan berakhir
di manakan selesai.

Ayah
Cabaran pada hari ini
lebih getir daripada semalam
cabaran pada hari muka
lebih perit daripada hari ini.

Ayah
Anakmu kini
semakin jauh dan alpa
dalam arus kemerdekaan
daripada penjajahan yang
luas ertinya.

Ayah 
Mampukah anakmu ini
berupayakah anakmu ini
terus berdiri teguh
dalam membela kemerdekaan
dalam memelihara erti
kemerdekaan.

(Dipetik daripada Abdul Ahmad, 1990.
 Antologi Puisi dan Cerpen Remaja. Hlm. 32.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

MATA AYAH

MATA AYAH

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging tua keras terasa
mayaku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan bulan pagi
garis-garis putih lesu dan melingkungi hitam suram
suatu kelesuan yang tak pernah terpancar dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baharu.

Anak yang pulang di ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

~buku teks

BAHASA PENGEMBARA

BAHASA PENGEMBARA

Semenjak zaman silam
Bahasa adalah pengembara
Dengan minda berani
Dengan akal bestari
Dengan jiwa perkasa
Membelah lautan bergelora.

Daratan yang ditemui
Memercik benih bahasa
Menjalin ikatan bangsa
Mengukuh tali persaudaraan
Sampai kini tak mudah padam.

Telah kita temui
Di sudut benua
Bahasa bangsaku
Menjalar bagai akar
Mengalir bagai air
Rimbun bagai daun
Menzuriatkan Bahasa Melayu.

Bahasaku adalah
Bahasa pengembara
Mampu menawan 
Arena antarabangsa.

(Dipetik daripada Ahamad Sarju.
"Bahasa Pengembara" dlm. Pelita
Bahasa, hlm. 2, Februari 2003)

RUMAH BAHARU

RUMAH BAHARU

Telah kita siapkan rumah baharu
untuk anak-anak berteduh
kerana kita diamanahkan
mendewasakan mereka
menjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan

Telah kita siapkan rumah baharu
di atas tiang muafakat
air, pasir dan simen
dari tangan pelbagai bangsa
negara yang tumbuh
atas bumi toleransi.

Telah kita siapkan rumah baharu
berwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramah 
rajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraan
sampai akhir zaman.

~buku teks

BICARA BUAT GURU


BICARA BUAT GURU

Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih.

Ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar selautan harapan.

Ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh berpasak teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya.

Ingin sekali aku
berada di takhta muliamu
mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
mendukung keagungan, melempar gusar
daripada jiwa anak didikmu.

Ingin sekali aku
berkongsi kerinduanmu
tatkala mereka tidak bersamamu
bangga dengan mutiara
berjabat erat, bersapa mesra
ketika kauketemu mereka di jalanan.

~buku teks

SAHABATKU

SAHABATKU

Sedarkah dirimu 
muda bertandang sekali cuma 
menghiasi usia tiap manusia
sedangkan jalan yang kita lalui
sarat ranjau
yang akan melontar kita
ke jurang binasa
tika diri diselimuti alpa.

Sedarkah kau wahai sahabat
segunung harapan keluarga bertakhra 
di pundak kita
selaut harapan negara tersangkut
di bahu kita

Fikirlah duhai sahabatku
sebutir mutiara yang bersinar indah
tidak bermakna
jika hanya terbenam di lembah paling dalam.

Bangkitlah sahabatku
daripada lena yang panjang
lontarkan selimut ilusimu
bukalah kelopak matamu
dan perhatikanlah dunia berputar laju
yang alpa terus di belakang
yang berusaha memetik bintang.
~buku teks


IBU NEGERIKU


IBU NEGERIKU

Kini aku datang lagi
mengutip kuntum-kuntum memori
yang pernah mekar dan mengharum
di jambanganmu suatu masa dulu.

Entah mengapa mataku menangkap pemandangan berbeza,
di kotak fikiranku bercambah pertanyaan
lantaran di dadamu kini gagah berdiri
hutan batu subur di sana sini
pancaran sinar teknologi
lambang modensasi.

Ibu negeriku
meskipun ombak teknologi ganas menerjah
di setiap penjuru dadamu
di setiap pelosok halamanmu
namun sinar cintamu pada warisan bangsa
masih utuh masih kukuh.

Meskipun liat bibir ini mengungkap salam permai
demi tugas yang digalas
kutinggalkan dirimu kini
bersama sepulau janji
pintumu pasti kuketuk lagi.

~buku teks

Sajak HIDUP BERMARUAH

Impian keluarga
Didikan setulus kasih murni
Agama dan nilai yang utuh
Sedarlah
Melentur buluh biarlah waktu rebungnya.

Hasrat keluarga
Putera puteri mentaati ibu
Saling berkasih sayang
Saling berganding bahu
Fahamilah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Keinginan keluarga
Menurut jejak ayah ibu
Berjaya dalam kerjaya
Berjawatan tinggi setinggi menara
Ketahuilah
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Wawasan keluarga
Walau berjaya mencipta nama 
Dalam Negara juga Antarabangsa
Ingatlah
Jangan seperti kacang lupakan kulit.