Monday, July 27, 2020

HOMOPHONES

HOMOPHONES
  • Same punctuation
  • Different meaning
  • Different spelling
Example :
  1. Allowed – Aloud
  2. Heard – Hurt - Herd
  3. Knew – New
  4. Maid – Made
  5. Hour – Our
  6. Ship – Sheep
  7. Tree – Three
  8. Two – Too – To
  9. Four – For
  10. Ten –Tent
  11. Eight – Ate
  12. Land – Lend
  13. Sand – Send
  14. Night – Knight
  15. Son – Sun
  16. Root – Rude
  17. Pad – Pet – Pat
  18. Eye – I
  19. Bun – Barn
  20. An – Ant – And – End
  21. Luck – Lark
  22. Male –Maid
  23. Meat – Meet
  24. Hut – Heart
  25. Bed – Bad – Bat
  26. Mean – Mint
  27. By - Bye – Buy
  28. Deer - Dear
  29. Hole –Whole

AYAH

AYAH

Ayah
Kita telah lama merdeka
kita telah lama bebas
kita telah lama terbungkas
daripada cengkaman
penjajah.

Ayah
Perjalanan ini terlalu jauh
sukar sekali ditentukan
di manakan berakhir
di manakan selesai.

Ayah
Cabaran pada hari ini
lebih getir daripada semalam
cabaran pada hari muka
lebih perit daripada hari ini.

Ayah
Anakmu kini
semakin jauh dan alpa
dalam arus kemerdekaan
daripada penjajahan yang
luas ertinya.

Ayah 
Mampukah anakmu ini
berupayakah anakmu ini
terus berdiri teguh
dalam membela kemerdekaan
dalam memelihara erti
kemerdekaan.

(Dipetik daripada Abdul Ahmad, 1990.
 Antologi Puisi dan Cerpen Remaja. Hlm. 32.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

MATA AYAH

MATA AYAH

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging tua keras terasa
mayaku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan bulan pagi
garis-garis putih lesu dan melingkungi hitam suram
suatu kelesuan yang tak pernah terpancar dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baharu.

Anak yang pulang di ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

~buku teks

BAHASA PENGEMBARA

BAHASA PENGEMBARA

Semenjak zaman silam
Bahasa adalah pengembara
Dengan minda berani
Dengan akal bestari
Dengan jiwa perkasa
Membelah lautan bergelora.

Daratan yang ditemui
Memercik benih bahasa
Menjalin ikatan bangsa
Mengukuh tali persaudaraan
Sampai kini tak mudah padam.

Telah kita temui
Di sudut benua
Bahasa bangsaku
Menjalar bagai akar
Mengalir bagai air
Rimbun bagai daun
Menzuriatkan Bahasa Melayu.

Bahasaku adalah
Bahasa pengembara
Mampu menawan 
Arena antarabangsa.

(Dipetik daripada Ahamad Sarju.
"Bahasa Pengembara" dlm. Pelita
Bahasa, hlm. 2, Februari 2003)

RUMAH BAHARU

RUMAH BAHARU

Telah kita siapkan rumah baharu
untuk anak-anak berteduh
kerana kita diamanahkan
mendewasakan mereka
menjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan

Telah kita siapkan rumah baharu
di atas tiang muafakat
air, pasir dan simen
dari tangan pelbagai bangsa
negara yang tumbuh
atas bumi toleransi.

Telah kita siapkan rumah baharu
berwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramah 
rajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraan
sampai akhir zaman.

~buku teks

BICARA BUAT GURU


BICARA BUAT GURU

Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih.

Ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar selautan harapan.

Ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh berpasak teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya.

Ingin sekali aku
berada di takhta muliamu
mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
mendukung keagungan, melempar gusar
daripada jiwa anak didikmu.

Ingin sekali aku
berkongsi kerinduanmu
tatkala mereka tidak bersamamu
bangga dengan mutiara
berjabat erat, bersapa mesra
ketika kauketemu mereka di jalanan.

~buku teks

SAHABATKU

SAHABATKU

Sedarkah dirimu 
muda bertandang sekali cuma 
menghiasi usia tiap manusia
sedangkan jalan yang kita lalui
sarat ranjau
yang akan melontar kita
ke jurang binasa
tika diri diselimuti alpa.

Sedarkah kau wahai sahabat
segunung harapan keluarga bertakhra 
di pundak kita
selaut harapan negara tersangkut
di bahu kita

Fikirlah duhai sahabatku
sebutir mutiara yang bersinar indah
tidak bermakna
jika hanya terbenam di lembah paling dalam.

Bangkitlah sahabatku
daripada lena yang panjang
lontarkan selimut ilusimu
bukalah kelopak matamu
dan perhatikanlah dunia berputar laju
yang alpa terus di belakang
yang berusaha memetik bintang.
~buku teks


IBU NEGERIKU


IBU NEGERIKU

Kini aku datang lagi
mengutip kuntum-kuntum memori
yang pernah mekar dan mengharum
di jambanganmu suatu masa dulu.

Entah mengapa mataku menangkap pemandangan berbeza,
di kotak fikiranku bercambah pertanyaan
lantaran di dadamu kini gagah berdiri
hutan batu subur di sana sini
pancaran sinar teknologi
lambang modensasi.

Ibu negeriku
meskipun ombak teknologi ganas menerjah
di setiap penjuru dadamu
di setiap pelosok halamanmu
namun sinar cintamu pada warisan bangsa
masih utuh masih kukuh.

Meskipun liat bibir ini mengungkap salam permai
demi tugas yang digalas
kutinggalkan dirimu kini
bersama sepulau janji
pintumu pasti kuketuk lagi.

~buku teks

Sajak HIDUP BERMARUAH

Impian keluarga
Didikan setulus kasih murni
Agama dan nilai yang utuh
Sedarlah
Melentur buluh biarlah waktu rebungnya.

Hasrat keluarga
Putera puteri mentaati ibu
Saling berkasih sayang
Saling berganding bahu
Fahamilah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Keinginan keluarga
Menurut jejak ayah ibu
Berjaya dalam kerjaya
Berjawatan tinggi setinggi menara
Ketahuilah
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Wawasan keluarga
Walau berjaya mencipta nama 
Dalam Negara juga Antarabangsa
Ingatlah
Jangan seperti kacang lupakan kulit.

KETIKA KE SEKOLAH

KETIKA KE SEKOLAH

Ketika kaki ini mengorak langkah
ke gedung ilmu
Tangan ayah dan ibu
Kukucup pohon restu

Ketika menaiki bas
Berbaris aku tidak terlepas
Kuamati waspada langkah
Agar tidak sumbang tingkah

Ketika bas membelah jalan
Etika berhemah aku biasakan
Aku patuhi pesan ayah dan ibu
Usah berlari, tatapilah buku
Di tangga aku tidak berdiri
Di tingkap aku tidak jengahi

Ketika gedung ilmu kulihat
Dengan tenang
Roda bas kutunggu berhenti
Tidak kumahu mengundang tragedi

Ketika kaki ini menjejak ke gedung ilmu 
Tangan kuangkat tanda kesyukuran
Aku selamat dalam perjalanan

~buku teks tahun 5 
Bahasa Malaysia KSSR
m/s 53

Saturday, July 11, 2020

BAHASA BADAN DAN MAKSUDNYA

Bahasa Badan
Maksudnya
·         Menutup mulut dengan tangan semasa bercakap·         Tidak yakin akan apa-apa yang diperkatakan
·         Mungkin berdusta
·         Ragu-ragu


ʚ   Berpeluk tubuh dan bersilang kaki
ʚ   Mata bergerak ke sana ke mari dan tidak tertumpu pada orang yang dilawan cakap
ʚ   Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain
ʚ   Tidak akan mengubah pendirian
ʚ   Tidak berminat dengan perkara yang dibualkan


v  Tidak memandang mata orang yang dilawan cakap, sebaliknya memandang hidung, dagu, dahi & leher

v  Berminat terhadap perkara yang dibualkan tetapi dia seorang pemalu dan tidak tenteram perasaanya.

Ö   Tunduk, mata tidak berkelip-kelip, meramas-ramas tangan atau meraba-raba tengkuk.Ö   Berasa lemah, bimbang & resah.

Ø  Bercekak pinggangØ  Bersiap sedia untuk melakukan sesuatu tugas
Ø  Berasa dirinya lebih berkuasa


      Mengurut-urut dagu
      Menghalakan telinga kepada orang yang dilawan cakap
      Menggetap bibir atas
      Mengangkat alis kepala
      Tangan menyentuh dagu
      Sedang membuat pertimbangan

§  Menyilangkan kaki
§  Menggeleng-geleng kepala
§  Menggetap bibir
§  Menudingkan jari
§  Memeluk tubuh
§  Mengerutkan dahi

§  Tidak bersetuju
§  Benci
§  Tidak yakin
o   Tangan menyentuh dada
o   Senyum
o   Tidak berpeluk tubuh
o   Kakii terletak di atas lantai dan terbuka
o   Pergerakan tangan yang sopan
o   Bertentangan mata
o   Jujur
o   Yakin
o   Memberikan sokongan

BAB 16 : PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN

24 / 09 / 2017
KBSM FORM 2
BAB 16
PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN
  1. 1950 – Penyiaran Radio beroperasi di Malaysia di stesen Jalan Toung (Jalan Cenderasari) & 1956 berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur dengan siaran yang terhad.
  2. 1963 – siaran televisyen hitam putih dilancarkan & 1978 – siaran televisyen berwarna dilancarkan.
  3. Perkhidmatan televisyen swasta TV3 dilancarkan pada 1984 dan ntv7 pada 1998.
  4. 1959 – rangkaian telefon gelombang mikro yang pertama diperkenalkan di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
  5. Telekom Malaysia Berhad membina kabel untuk membolehkan penggunaan talian telefon, faksimili, telegram & teleks mulai 1960-an.
  6. 1979 – perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (ISD) diperkenalkan menggunakan satelit antarabangsa Asia, iaitu Intelsat IV-A & V.
  7. 1980 – perkhidmatan Sistem Sambung Terus Dail (STD) mula digunakan dengan pembinaan kabel dasar laut yang menghubungkan Kuantan dengan Sabah & Sarawak
  8. Syarikat pembekal internet ialah TMNet, Celcom, Maxis, Digi, P1 Winmax.
  9. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Telemunkasi Negara & memberi penekanan ICT.
  10. Penggunaan ICT semakin meluas di Negara kita dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC).
16.2 Kepentingan Kemajuan Sistem Perhubungan di Malaysia
ICT
KETERANGAN
e-kerajaan
Pentadbiran kerajaan secara rangkaian system computer.
e-dagang
Segala urusan perniagaan & perdagangan dikendalikan dengan computer & internet.
e-learning
Untuk peajar Malaysia yang mengambil khusus jarak jauh.
Teleperubatan
Amalan perubatan menggunakan kemudahan ICT seperti rekod pesakit & komunikasi antara doctor di seluruh Negara
e-sidang
Perbincangan melalui skrin secara jarak jauh.
e-village
Menggalakan idea baharu dalam kalangan pelabur tempatan & antarabangsa.

16.3 Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia & Canada
Malaysia
Canada
e-pembelajaran – di sekolah bestari & Universiti Multimedia.e-pembelajaran – di sekolah seperti Grass Roots Twin School & kolej-kolej.
Koridor Raya Multimedia (MCS) meliputi kawasan KLCC ke Sepang seluas 750 kmNiagara International Teleport (NIT) meliputi kawasan dari Jambatan Peace di bandar Erie hingga ke Buffalo (Amerika Syarikat)
Menara Kuala Lumpur – menara perhubungan yang dibina pada 1996Menara CN – menara perhubungan yang dibina pada 1960
Teleperubatan – Hospital SelayangTeleperubatan – diguna secara meluas di hospital-hospital Canada  

BAB 15 PERKEMBANGAN JARINGAN DAN PENGANGKUTAN

29 / 08 / 2017
kbsm F2 2017
BAB 15
PERKEMBANGAN JARINGAN DAN PENGANGKUTAN
15.2 Pengangkutan Darat
Jalan Raya
1.    Jaringan pengangkutan yang terdapat di Malaysia adalah sepanjang 66 455 km.
2.    Jaringan pengakutan tertumpu di :-
à        pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia
à        pantai barat Sarawak
à        pantai barat Sabah
3.    Hal ini kerana kawasan tersebut mempunyai :-
¨      Kegiatan ekonomi yang pesat
¨      Kepadatan penduduk yang tinggi
¨      Lokasi Bandar utama
¨      Bentuk muka bumi yang rata
4.    Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – menganjur dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru.
5.    Lebuhraya Pintar (PTS) pertama di Malaysia – dilengkapi alat mengesan pergerakan kenderaan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
6.    Jambatan Pulau Pinang – menghubungkan Butterworth dengan Pulau Pinang.
7.    Lebuhraya Jerangau ke Jabor – menghubungkan Kuantan dengan Kuala Berang.
8.    Lebuhraya Pantai Timur – menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuantan dan seterusnya ke Kuala Terengganu.
9.    Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang dibina di Kelantan.
10. Tambak Johor – menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura.
11. Lebuhraya Laluan Kedua (Second Link) – dibina menghubungkan Gelang Patah (Johor) dengan Tuas (Singapura).
12. Lebuhraya Pan Borneo (Trans Borneo) di Sarawak – menghubungkan Seri Aman dengan Miri.
13. Lebuhraya Timur-Barat yang merentasi Banjaran Titingwasa – menghubungkan dataran pantai Barat dengan pantai Timur Semenanjung Malaysia.
14. Lebuhraya Tun Razak – menghubungkan Segamat dengan Gambang.
Jalan Kereta Api
1)    Jaringan Kereta Api di Malaysia sepanjang 1949 km.
2)    Landasan kereta api di pantai Barat Semenanjung Malaysia bermula dari Padang Besar (Perlis) ke selatan manakala di pantai timur pula bermula di Tumpat (Kelantan).
3)    Kedua-dua landasan ini akan bertemu di Gemas yang menjadi terminal pertemuan kereta api dari barat dan timur Semenanjung Malaysia.
4)    Pengangkutan kereta api menyediakan perkhidmatan membawa penumpang & mengangkut barangan.
5)    Terdapat perkhidmatan kereta api ekspres seperti ‘Senandung Malam’ & ‘Sinaran Pagi’ yang dikendali oleh Kereta Api Tanah Melayi (KTM).
6)    Sabah – Kereta Api menghubungkan Kota Kinabalu dengan Tenom.
7)    Perkhidmatan Kereta Api meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman & membangunkan ekonomi luar Bandar.
8)    Lembah Klang – Perkidmatan Kereta Api Rel Bersepadu seperti monorel, komuter, ERT dan LRT.
9)    Perkhidmatan seperti ini penting di Lembah Klang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas & memendekkan masa perjalanan.
10) Perkhidmatan Kereta Api Ekspres Antarabangsa menguhubungkan Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.
11) Usaha kerajaan untuk memajukan Kereta Api ialah :
ф        Membina landasan berkembar elektrik antara Rawang dengan Ipoh.
ф        Membaik pulih dan menaik taraf landasan.
ф        Menggantikan koc-koc lama.
ф        Meningkatkan perkhidmatan kereta api kargo.

15.3 Pengangkutan Air
Pengangkutan Sungai
1.    Pengangkutan sungai penting di Sabah & Sarawak kerana pengangkutan darat terhad & bentuk muka buminya bergunung-ganang di kawasan pedalaman.
2.    Antara sungai yang terdapat di :
Փ       Sabah – Sungai Kinabatangan, Segama & Padas.
Փ       Sarawak – Sungai Rajang, Baram, Mukah, Kemena dan Batang Lupar.
3.    Sungai Rajang dimudiki ke Sibu sejauh 112 km & Kapit sejauh 274 km.
4.    Sungai Kinabatangan pula sejauh 192 km.
5.    Perkhidmatan bot feri, bot panjang & bot tunda terdapat di Sungai Rajang & Sungai Kinabatangan.
6.    Sungai di Sabah dan Sarawak penting untuk :
Փ        Mengangkut hasil pertanian
Փ       Mengangkut kayu balak
Փ       Mengangkut barangan pengguna
7.    Di semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai kurang penting kerana pengangkutan darat maju dan sungainya yang cetek, sempit & kecil.
8.    Namun begitu, beberapa pengangkutan sungai masih digunakan seperti di Perak, Pahang & Kelantan. Membawa penumpang.
9.    Pengangkutan sungai merupakan satu-satunya jalan perhubungan untuk ke Taman Negara dengan melalui Sungai Tembeling di Pahang.
Pengangkutan Laut
1)    Diklasifikasikan kepada pengangkutan persisiran pantai & pengangkutan laut antarabangsa.
2)    Perkhidmatan kargo disediakan bagi mengangkut barangan pukal seperti hasil pertanian & kayu balak dari pelabuhan kecil ke pelabuhan utama seperti dari Pelabuhan Tumpat ke Pelabuhan Kuantan.
3)    Pengangkutan laut antarabangsa menghubungkan pelabuhan antarabangsa ke pelabuhan luar Negara seperti Yokohama (Japan), Hong Kong & New York (Amerika Syarikat).
4)    Pelabuhan Antarabangsa Malaysia yang mengendalikan kontena ialah :
ზ       Pelabuhan Klang.
ზ       Pulau Pinang.
ზ       Tanjung Pelepas.
ზ       Pasir Gudang.
5)    Hampir 90% perdagangan antarabangsa Malaysia dalam urusan import & eksport dikendalikan melalui pelabuhan.
6)    Pelabuhan Malaysia menyediakan perkhidmatan membaiki kapal & gudang penyimpan.
7)    Pelabuhan Bintulu & Kerteh merupakan pelabuhan pengeksport gas asli.
8)    Pelabuhan Sandakan merupakan pengeksport kayu balak yang utama.

15.4 Pengangkutan Udara
  1. Perkhidmatan penerbangan dibahagikan kepada penerbangan domestic & penerbangan antarabangsa.
KawasanInternational AirportDomestic Airport
Semenanjung MalaysiaKLIA, Bayan Lepas, Padang Matsirat (Langkawi) & Senai (Johor)Kepala Batas, Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Bharu & Kuantan.
SarawakKuchingSibu, Bintulu, Miri, Marudi, Kapit, Belaga, Long Lellang, Bario, Bakalalan, Long Seridan, Long Semado, Mulu, Lawas, Limbang, Long Banga & Mukah.
SabahKota KinabaluKudat, Sandakan, Tomanggong, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Keningau, Sepulut & Long Pasia.

  1. Perkhidmatan Pengangkutan Udara dikendalikan oleh MAS, Syarikat Air Asia, Pelangi Air & Syarikat Transmile Air.
  2. Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) – menguruskan 36 buah lapangan terbang di Malaysia.
  3. Pengangkutan udara di Sabah & Sarawak menghubungkan pecan-pekan kecil di pedalaman.
  4. Terdapat perkhidmatan doctor udara di kawasan terpencil tersebut.
  5. Perkhidmatan Kargo iaitu perkhidmatan membawa barangan disediakan untuk penerbangan domestic & antarabangsa.