Saturday, July 11, 2020

2.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

KBSM NOTA SEJARAH TINGKATAN 3 2017  BAB 2 (2.3)

2.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION


  •  Kebanyakan Orang Melayu menentang Malayan Union atas faktor:



Faktor
Keterangan


Penghapusan kedaulatan &
kuasa Raja-raja Melayu 
Raja Melayu: -
       ⧍     Menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
       ⧍     Kehilangan takhta & maruah sebagai pelindung orang Melayu.
       ⧍     Hilang hak memungut zakat kerana ia diletakkan di bawah kuasa Gabenor British.



Tamadun Orang Melayu Terhapus








   
Kerakyatan yang terlalu liberal
       ⧍     Kerakyatan jus soli dalam Malayan Union mengancam status quo (kedudukan orang Melayu sebagai peribumi).
       ⧍     Populasi Orang Melayu menurun disebabkan kemasukan imigran yang mendapat kerakyatan dengan mudah.

Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam Raja-raja Melayu

        ⧍     Orang Melayu diancam oleh Sir Harold MacMichael dengan menurunkan takhta
Raja Melayu sekiranya tidak menerima Malayan Union.
    
        1)      Antara Orang Melayu yang menyokong Malayan Union ialah :
     Parti Kebangsaan Melayu Malaya           ( PKMM )
     Angkatan Pemuda Insaf                          ( API )
     Angkatan Wanita Sedar                          ( AWAS )
     Barisan Tani Malaya                                ( BATAS )

           2)     Sebab penyokongan pertubuhan ini terhadap Malayan Union:
     Malayan Union – Menyatukan sistem Pentadbiran di Tanah Melayu.
     Malayan Union – Melahirkan 1 pentadbiran baharu yang tidak berasaskan kuasa raja & pembesar
     Pertubuhan ini menyokong kerakyatan terbuka kepada semua yang lahir di Tanah Melayu & bagi yang ingin menjadi rakyat.
     Pertubuhan ini menyokong penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu spt yg dicadangkan Malayan Union.
     Pertubuhan ini percaya dgn janji British utk berikan kemerdekaan kpd Tanah Melayu.

           3)     Parti Komunis Melayu (PKM) & Malayan Democratic Union (MDU) yg berpusat di Singapura menyokong pendirian pertubuhandi atas.

           4)     Namun MDU yg berpusat di Singapura & ahli-ahlinya terdiri drpd mereka yg berpendidikan Inggeris  telah mencadangkan Singapura dimasukkan di dalam Malayan Union.

           5)     Malayan Union juga disokong golongan imigran. Mereka bergabung utk membentuk All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tun Tan Cheng Lock.

           6)     Orang Melayu sbg peribumi menolak Malayan Union manakala golongan radikal Melayu & golongan imigran pula menerimanya.




CARA PENENTANGAN

1.     Secara INDIVIDU
A  Dato’ Onn Jaafar – menetang Malayan Unio dengan menulis surat kepada Utusan Melayu  untuk menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)
A  Raja-raja Melayu – membantah Malayan Union. Contoh : Sultan Johor menghantar surat bantahan terhadap Malayan Union kepada Setiausaha Tanah Jajahan.
A  Bekas Pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil Clementi Smith – menentang cadangan Malayan Union secara terbuka melalui akhbar The Times  di London.
2.     Melalui AKHBAR
*  Majlis – akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu agar menentang Malayan Union.
*  Utusan Melayu
*  Warta Negara
3.     Secara Kolektif
Orang Melayu melakukan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan Sir Harold MacMicheal mendapat tandatangan raja-raja Melayu. Demonstrasi secara aman ini dilakukan di beberapa buah bandar utama seperti:
9  Alor Setar, Kedah – disertai 50 000 orang.
9  Kota Bharu, Kelantan – disertai 10 000 orang.
9  Johor Bharu, Johor – orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar.
Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula bagi menentang Malayan Union. Persatuan ini menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Antaranya, Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.




Kongres Melayu Pertama
       Diadakan pada1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman. Kampung Baru, Kuala Lumpur – dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Malaysia.
       Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) / Pertubuhan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) bagi menentang Malayan Union.
       Sultan Hishamuddin Alam Shah (Sulan Selangor) telah merasmikan kongres ini & baginda mendermakan wang berjumlah $5000.
       Pengerusi Kongres Melayu Pertama : Dato’ Onn Ja’afar.
       Sepanduk berunsurkan patriotic telah dibawa.
       Seorang wakil kanak-kanak telah berpesan dengan mengatakan; “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”. Kata-kata ini telah menjadi pendorong bagi berjuang menentang Malayan Union.
Kongres Melayu Ke-2
o        Diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1/4/1946.
o        Dihadiri 9 orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu & mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
o        Kongres kali ini memutuskan 3 perkara iaitu :
-Meminta Raja-raja Melayu memulaukan upacara perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
-Meminta Orang Melayu yang dilantik dalam pentadbiran Malayan Union agar memulaukan pelantikan tersebut.
-Meminta orang Melayu berkabung dengan melilitkan kain putih pada songkok selama 7 hari.
Mengadakan Rapat Umum
·         Orang Melayu – mengadakan rapat umu di bandar-bandar utama seperti Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & Georgetown.
·         Diadakan semasa lawatan ahli Parlimen England (L.D. Gammans & David Rees Williams) pada Mei 1946.
·         Tujuan lawatan:  untuk melihat sejauh mana orang Melayu menentang Malayan Union.
·         Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk Malayan Union & Sir Harold MacMichael.
Peranan Kaum Wanita
๏         Antara kaum wanita yang menentang Malayan Union:-
-Cikgu Zahara dari Batu Pahat.
-Halimahton Majid (Pemimpin Kaum Ibu OMNO, Rembau)
-Datin Puteh Matiah Ibrahim Rashid (Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama)
- Persatuan Kaum Ibu Selangor.

No comments:

Post a Comment