Saturday, July 11, 2020

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

BAB 7 :
PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
  1. 1821 – Kedah Dijajah Siam.
v  7000 askar Siam Mengepung Kuala Kedah.
v  Askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang , menenggelamkan perahu & menangkap tawanan untuk dibawa balik ke Siam sebagai hamba.
2. Penjajahan Siam ditentang rakyat Kedah di bawah kepimpinan Sultan Ahmad Tajuddin.
«  Perang Pembebasan Kedah turut dipimpin oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long & Tunku Muhammad Saad.
«  Pemimpin Rakyat seperti Tok Mo Ris & pemimipin agama seperti  Syeikh Abdul Kadir turut memberi sokongan.

3. Namun Kedah telah dikhianati oleh British yang bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah.
4. Urutan peristiwa dalam perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah.
TahunPeristiwa penting
1823¨       Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah dari Siam melalui Seberang Perai.
¨       Serangan gagal – Siam dibantu British.
1831¨       Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah.
¨       Serangan dilancarkan dari Melaka.
¨       British sekali lagi membantu Siam dengan menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah.
¨       Kedah terputus bekalan makanan & bekalan tentera dari luar.
¨       Tunku Kudin terkorban.
1836¨       S. Ahmad Tajuddin merancang untuk menyerang Siam dari Bruas, Perak.
¨       Gerakan ini dikesan British.
¨       S. Ahmad Tajuddin ditangkap oleh British.
1838¨       Tunku Muhammad Saad memimpin kebangkitan menentang Siam di Kedah.
¨       Selatan Kedah & Kota Kuala Kedah telah berjaya ditawan semula oleh tentera Kedah.
¨       Tentera Kedah mara ke Songkla, namun Siam sekali lagi dibantu British & mereka berjaya menguasai semula Kedah.
5. Semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah.
v  Tunku Daei (putera S. Kedah) dihantar ke Bangkok untuk berunding.
v  1824 – Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.
v  Wilayah Perlis, Setul & Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.


7.2 Dol Said Pahlawan Naning
  1. Daerah Naning – diantara Rembau & Melaka.
    ·         Penghulu Naning – Dato’ Naning Abdul Said (Dol Said)
    ·         Taboh – pusat Pentadbiran Naning.
    ·         Hasil keluaran Naning – padi, buah-buahan, sirih & bijih timah.
  2. 1831 – Dol Said bangkit menentang British.
    Antara Faktor Penentangan Dol Said d Naning
    Mempertahankan kemerdekaan Naning
    à         1824 – Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangi.
    à         Melaka diserahkan kepada British.
    à         British menganggap Naning  sebahagian drpd Melaka & mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan d Melaka.
    à         Penghulu Dol Said & rakyat Naning membantah dakwaan British.
    Menentang pelaksanaan Undang-undang British
    0   British memperkanalkan Peraturan Penghulu yang melarang penghulu membicarakan kes jenayah di Naning.
    0   Dol Said diberikan amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning.
    0   Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi peraturan British.
    Menentang Bayaran Cukai
    o   Melalui Undang-undang 1830 – British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian.
    o   Hasil daerah Naning yang berjumlah 4500 dolar sebulan telah menyebabkan British mengeluarkan arahan.

  3. 15 July 1831 – British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
  4. Dol Said diserang tentera British yang terdiri drpad 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Willie.
  5. Angkatan tentara British ditewaskan.
  6. Antara Faktor Kejayaan Dol Said :
    Þ     Taktik Perang gerila digunakan Dol Said.
    Þ     Dol Said terima bantuan dari Seri Mananti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
    Þ     Rembau turut menghantar pasukan bantuan yang diketuai oleh Syed Sha’aban (menantu Yamtuan Muda Raja Ali)
  7. Memandangkan Naning sukar ditundukkan, British telah berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali & Yamtuan Muda Raja Ali bersetuju untuk membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning.
  8. Mac 1832 – Naning diserang oleh British.
    ·         Tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert.
    ·         British kalahkan Naning dengan bantuan Rembau.
    ·         Taboh ditawan & rumah penduduk Naning dibakar.
    ·         Dol Said berundur ke Seri Mananti & akhirnya menyerah diri kepada British.
  9. Dol Said diberikan pencen dan rumah di Melaka.
  10. Daerah Naning disatukan dengan Melaka.
  11. British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling dalam usaha mengalahkan Naning.
7.3 Rentap Wira Sarawak : Agi Hidup, Agi Ngelaban
  1. Rentap – pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah di Sarawak.
    ·         Lahir : tahun 1800.
    ·         Nama Asal : Liban = penggoncang dunia.
    ·         Gelaran = Raja Darat.
    ·         Beliau Pemimpin orang Iban di Sungai Skrang & Sungai Saribas.
  2. Pemerintahan Keluarga Brooke ditentang Rentap kerana :
    ๏         Orang Iban di Sungai Skrang dianggap sebagai lanun.
    ๏         Kubu didirikan James Brooke di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.
  3. Kebangkitan Rentap tercetus apabila James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Sungai Skrang.
  4. Urutan peristiwa penting semasa kebangkitan Rentap :
TahunPeristiwa
1853Ọ   Kubu James Brooke di Nanga Skrang diserang Rentap.
Ọ   Allan Lee – pegawai British terbunuh.
Ọ   Kejayaan ini telah mengharumkan nama Rentap.
1854ὀ   Kubu Rentap di Sungai Lang ditawan James Brooke.
ὀ   Perkampungan Rentap dibakar.
ὀ   Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok & membina kubu di situ.
ὀ   Rentap mendapat sokongan daripada penduduk Iban dan diberikan gelaran Raja Ulu.
1857ὁ   Kubu Rentap di Bukit Sadok diserang oleh Tuan Muda Charles Brooke.
ὁ   Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban & 500 orang Melayu membantu beliau menyerang kubu Rentap/
ὁ   Namun Charles Brooke gagal menawan kubu pertahanan Rentap.
ὁ   Hal ini kerana kubu tersebut kukuh :
-Terletak 2725 kaki dari aras laut.
-Dipagari kayu jenis belian yang dapat menahan tembakan senapang.
1858ὂ   Charles Brooke menyerang Bukit Sadok untuk kali kedua tetapi Rentap masih tidak dapat ditewaskan.
ὂ   Rentap dengan penuh bersemangat berkata, “Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut dengan orang Eropah.”
1863ὃ   James Brooke memimpin serangan ke atas Rentap di Bukit Sadok.
ὃ   Selepas pertempuran sengit selama sebulan, Rentap ditewaskan.
ὃ   Kubu dan rumah pengikut Rentap dibakar.
ὃ   Rentap berundur di Entabai untuk menyusun strategi baharu, tetapi beliau telah meninggal dunia.
~buku rujukan Sejarah
~buku teks Sejarah KBSM Form 2 2017

No comments:

Post a Comment