Saturday, July 11, 2020

BAB 9 : MIGRASI PENDUDUK

KBSM FORM 2 2017

BAB 9
MIGRASI PENDUDUK
Migrasi
  1. Merujuk kepada perpindahan seseorang penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tujuan menetap secara kekal atau sementara.
  2. Terdapat 2 jenis migrasi :
  3. Migrasi dalaman – perpindahan penduduk dalam Negara tersebut sahaja.
  4. Migrasi antarabangsa – perpindahan penduduk melintasi sempadan Negara tersebut ke Negara lain.

Factor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk
  1. Di Malaysia jenis migrasi dalaman termasuklah :
  2. Luar bandar ke bandar
  3. Luar bendar ke luar bandar
  4. Bandar ke luar bandar
  5. Bandar ke bandar
  6. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar merupakan pola aliran yang paling besar berlaku di Malaysia & telah menigkatkan peratusan penduduk yang tinggal di bandar.
  7. Impak migrasi luar bandar ke bandar ialah jumlah penduduk bertambah, bekalan tenaga kerja bertambah & pasaran semakin luas.
  8. Migrasi penduduk luar bandar ke bandar dipengaruhi oleh factor tarikan di tempat yang dituju & factor tolakan di tempat asal.

FAKTOR TARIKAN PENDUDUK KE BANDARFAKTOR TOLAKAN PENDUDUK KE LUAR BANDAR
·         Pertambahan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor·         Jenis kegiatan ekonomi hanya setor pertanian & perikanan
·         Kestabilan politik·         Peluang pekerjaan terhad
·         Upah yang tinggi·         Upah yang rendah
·         Dasar kerajaan·         Pendapatan yang tidak tetap
·         Kemudahan asas lengkap·         Kemudahan asas terhad
·         Jaringan pengangkutan & perhubungan lengkap·         Bencana Alam
·         Kehidupan selesa·         Pertukaran kerja
·         Peluang melanjutkan pendidikan tinggi·         Pusat rekreasi terhad
·         Zon industri bebas·         Taraf hidup rendah
·         Penubuhan pusat pentadbiran baharu seperti Putrajaya·         Peluang pendidikan tinggi kurang
·         Teknologi perubatan moden


  1. Migrasi penduduk luar bandar ke luar bandar pula dikaitkan dengan rancangan Tanah Persekutuan.
  2. Kerajaan melalui FELDA telah membuka banyak tanah rancangan di seluruh Negara.
  3. Agensi yang terlibat dalam program ini ialah :
  4. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  5. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  6. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  7. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  8. Faktor penarik ke FELDA & Faktor tolakan di kampung asal.


Faktor penarik ke FELDAFaktor tolakan di kampung asal
·         Pendapatan tetap·         Faktor tolakan di kampung asal
·         Taraf hidul meningkat·         Kadar upah rendah
·         Kemiskinan berkurangan·         Kemiskinan
·         Tanah beralun subur untuk tanaman kelapa sawit & getah·         Taraf hidup rendah
·         Kemudahan asas lengkap·         Kemudahan asas terhad

No comments:

Post a Comment