BAB 8
PERUBAHAN PENDUDUK
- Perubahan penduduk = pertambahan atau pengurangan penduduk dalam setahun di sesebuah Negara.
- Pertumbuhan semula jadi penduduk berlaku sekiranya kadar kelahiran melebihi kadar kematian.
- Perubahan penduduk di Malaysia juga dipengaruhi factor migrasi, iaitu kadar imigrasi melebihi emigrasi.
- Imigrasi = penghijrahan masuk penduduk , Emigrasi = penghijrahan keluar penduduk
Kadar Kelahiran
- Cara pengiraan kadar kelahiran kasar : Kadar kelahiran kasar = 1000(Jumlah kelahiran dalam setahun / Jumlah penduduk pada pertengahan tahun)
- Faktor peningkatan kelahiran di Malaysia :
- Dasar kerajaan melalui Dasar Kependudukan, kerajaan telah memberikan alternative untuk menggalakkan kelahiran. Contohnya –pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin & kos rawatan rendah. Tujuan : menyeimbangkan pertambahan penduduk dengan pertumbuhan ekonomi.
- Kepercayaan sosiobudaya & agama yang mengganggap anak yang ramai punca rezeki bertambah telah meningkatkan kelahiran.
- Factor kadar kelahiran rendah :
- Taraf pendidikan tinggi, status & kerjaya dalam kalangan kaum wanita menyebabkan mereka berkahwin lambat. Tahap kesuburan wanita menurun.
- Taraf hidup tinggi dalam kalangan masyarakat menyebabkan banyak pasangan memilih untuk berkeluarga kecil.
- Kos hidup yang tinggi di bandar seperti perbelanjaan harian, pendidikan & sewa rumah menyebabkan pasangan baru berkahwin akan merancang mempunyai jumlah anak yang sedikit.
- Amalan perancangan keluarga.
- Kadar kematian kasar = 1000 ( Jumlah kematian dalam setahun / Jumlah penduduk pada pertengahan tahun)
- Factor kadar kematian tinggi :
- Wabak penyakit
- Bencana alam
- Kemudahan perubahan terhad
- Kebuluran
- Kemiskinan
- Factor kadar kematian rendah :
- Dasar kerajaan seperti kemudahan kesihatan di luar bandar, tenaga perubatan terlatih & bekalan air bersih.
- Taraf hidup tinggi – penduduk mampu membeli ubat-ubatan & merujuk kepada doctor pakar.
- Amalan pemakanan seimbang.
- = Perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Kestabilan politik Malaysia telah menarik pelabur asing ke Malaysia. Kemasukan pelabur asing telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
- Akibat kekurangan tenaga kerja dalam sector pertanian, perindustria & pembinaan kerajaan telah membawa masuk warga asing dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh untuk bekerja dalam sector ini.
- Rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan professional seperti doctor, jurutera & akauntan telah berpindah ke Negara lain seperti Amerika Syarikat, Kanada & Australia
- Perpindahan rakyat Malaysia adalah kerana peluang pekerjaan atau melanjutkan pendidikan tinggi.
- Kadar kelahiran & kadar kematian akan menurun. Hal ini akan mengakibatkan :
- Warga tua bertambah
- Kekurangan tenaga buruh terutama dalam sector pertanian, pembinaan serta perkhidmatan.
- Buruh asing dibawa masuk.
- Kos rawatan & kesihatan meningkat.
- Langkah-langkah yang perlu diambil :
- Menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai anak yang ramai.
- Menggunakan teknologi tinggi di kilang seperti robot & jentera.
- Perkhidmatan layan diri
- Usia persaraan meningkat.
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi.
No comments:
Post a Comment