KBSM F2 2017
BAB 14
KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL
- Manusia pada zaman dahulu berhubung melalui jalan darat & jalan air.
- Lorong & denai digunakan untuk mencari hasil hutan.
- Gajah, lembu & kuda digunakan sebagai pengangkutan.
- Jalan darat sukar direntasi kerana bentuk muka bumi yang berhutan tebal, berpaya & berbukit-bukau.
- Oleh sebab itu, pengangkutan air seperti perahu, jong & rakit digunakan bagi melalui kawasan sungai, tasik & paya.
- Perdagangan pada masa itu menggunakan system barter.
- Penduduk menggunakan isyarat untuk menyampaikan maklumat dan menghubungi orang lain.
Jenis | Keterangan isyarat |
Beduk | * Waktu Solat * Kematian * Bencana Alam |
Laungan | A Serangan Musuh |
Ketuk-ketuk | C Serangan Musuh C Bencana Alam |
Asap | 9 Serangan Musuh |
14.2 Keperluan Pengangkutan & Perhubungan Zaman Penjajah
Pengangkutan Jalan Darat 1) 1885 – Bitish membina kereta api pertama, iaitu dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) untuk mengangkut bijih timah. 2) 1891 – landasan keretapi dari Seremban ke Port Dickson. 3) Akhir abad ke-19 – jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham. 4) Jalan keretapi di Sabah dibina dari Weston ke Beaufort & dari Tenom ke Jesellton. 5) Penciptaan kereta, lori & kenderaan berenjin merancakka lagi penggunaan jalan raya. |
Pengangkutan Air 1. Bahan makanan, jentera & buruh diangkut dengan tongkang & kapal susur pantai. 2. Kapal wap – mengangkut bijih timah,getah & hasil hutan ke Negara penjajah. 3. Peabuhan yang dibuka oleh penjajah :- [ Pelabuhan Pulau Pinang [ Port Weld [ Port Swettenham [ Port Dickson [ Pelabuhan Labuan |
Perhubungan 1) 1862 – Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang yang berperanan mengendali surat & bungkusan. 2) Perkhidmatan telegraf pula selari dengan perkembangan kereta api kerana talinya dibina sepanjang jalan kereta api. 3) 1876 – talian telegraf yang pertama dibina dari Kuala Kangsar ke Taiping, kemudiannya diteruskan ke Kamunting dan Bukit Gantang. 4) 1920-an – perkhidmatan telegram menyediakan penghantaran maklumat ke bandar kecil melalui radio polis. 5) 1942 – stesen radio pertama beroperasi di Pulau Pinang dan 1946 – Jabatan Penyiaran Malaya ditubuhkan. |
No comments:
Post a Comment