Saturday, July 11, 2020

BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

KBSM FORM 2 2017
NOTA SEJARAH BAB 2

BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH


2.1 DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
  1. Dasar campur tangan British bermaksud penglibatan British secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
  2. Sebelum tahun 1874, British telah mengambil Pulau Pinang, Singapura & Melaka untuk membentuk Negeri-Negeri Selat.
  3. Dari Negeri-Negeri Selat mereka telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negeri-negeri Melayu.
  4. Negeri-Negeri Selat berperanan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan negeri-negerI Melayu.
  5. Pedagang Negeri-Negeri Selat telah menabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong , Lukut & Klang.
Faktor-faktor yang Mendorong British Melaksanakan Dasar Campur Tangan
Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu menarik perhatian British
  1. Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu telah menarik perhatian British.
  2. Negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan & Pahang kaya dgn bijih timah, emas, bijih besi & arang batu yang diperlukan kilang-kilang di Britain.
  3. British berpendapat negeri-negeri tersebut perlu dikuasai sebelum kuasa Barat lain bertindak
NegeriKawasanGalian
Perak·         Daerah Larut
·         Daerah Kinta
Bijih timah
Negeri SembilanDaerah Sungai UjungBijih timah
Selangor·         Lukut
·         Ampang
·         Petaling
·         Kuala Lumpur
Bijih timah
Pahang·         Sungai Pahang
·         Sungai Lembing
Bijih timah
Ulu TembelingEmas

Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan
  1. Revolusi perindustrian yang berlaku di Britain telah membawa kepada :
  • Perubahan daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan perusahaan.
  • Perubahan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.
  1. Bahan mentah diperlukan oleh sector perkilangan yang mengembang maju akibat Revolusi Perindustrian.
  2. Contohnya, bijih timah diperlukan untuk perusahan mengetin makanan.
  3. Negeri-negeri Melayu perlu dikuasai kerana:
  4. British memerlukan bekalan bijih timah berterusan.
  5. Dijadikan pasaran bagi hasil keluaran kilang British.
Pembukaan Terusan Suez dan kapal wap merancakkan persaingan
  1. Pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap pada tahun 1869 telah merancakkan persaingan.
  2. Pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan dari Britain ke Tanah Melayu.
  3. Kesan terciptanya kapal wap:
  • Perjalanan ke timur dapat dipercepatkan.
  • Muatan yang lebih banyak dapat diangkut.
Kebimbangan British akan campur tangan kuasa Eropah lain
  1. Kuasa Eropah yang lain juga telah mula menjalankan dasar imperialisme mereka dengan meluaskan jajahan masing-masing.
  • Belanda di HIndia Timur (Indonesia)
  • Perancis di Indo-China
  • Sepanyol di Filipina
  1. British perlu mempertahankan kepentingannya mereka di negeri-negeri Melayu.
  2. Ancaman daripada kuasa Barat yang lain, khususnya Perancis perlu ditangani.
Pertukaran kerajaan mengubah dasar British
  1. Pucuk pimpinan di Britain telah diambil oleh Parti Konservatif pada tahun 1873. Mereka telah menggalakkan dasar campur tangan.
  2. Sebelum itu, British diperintah oleh Parti Liberal yang mengamalkan dasar tidak campur tangan.
Desakan pedagang mempercepat campur tangan
  1. Keadaan huru-hara di Tanah Melayu berlaku akibat pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina.
  2. Kerugian yang dialami pedagang Negeri-negeri Selat menyebabkan mereka mendesak kerajaan British campur tangan untuk melindungi kepentingan pelaburan mereka di Tanah Melayu.
  3. Seramai 243 orang pedagang Negeri-negeri Selat telah menulis surat pada tahun 1873 kepada Lord Kimberley (Setiausaha Tanah Jajahan British) bagi mendesak British untuk campur tangan.

2.2 KEADAAN DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH
  1. Pergaduhan kongsi gelap Cina :
  2. Daerah larut di Perak, terutama di Kelian Pauh dan Kelian Bharu yang kaya denga bijih timah.
  3. Long Jaafar telah membawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.
  4. Kebanyakan buruh Cina menganggotai kongsi gelap yang berlainan, iaitu Ghee Hin atau Hai San. Keadaan ini telah mencetuskan Perang Larut.
  5. Keadaan ini menjejaskan perusahaan bijih timah di Perak.
  6. Ngah Ibrahim (Menteri Larut) telah melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri Selat) untuk membantu mereka menamatkan kekacauan di Larut.
  7. Perebutan takhta dalam kerabat diraja.
  8. Sebab – system pewarisan takhta yang diamalkan tidak dipatuhi sepenuhnya.
  9. 1871 – Sultan Ali mangkat, Raja Ismail, iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai sultan oleh pembesar-pembesar Perak.
  10. Raja Abdullah & Raja Yusof menentang perlantikan tersebut kerana :
  11. Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabal menjadi raja.
  12. Raja Yusof pernah memegang jawatan Raja Dihilir, tetapi telah diketepikan keran tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak.
  13. Raja Abdullah disokong pembesar di hilir Perak seperti Dato’ Maharajalela & Dato’ Sagor. Beliau terus berkuasa di Hilir Perak.
  14. Kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di Hulu Perak.
  15. Perebutan takhta ini telah menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak.
  16. Raja Abdullah kemudian meminta British untuk mengiktirafkan baginda sebagai sultan.
  17. Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat) melihat perkembangan ini sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dgn bijih timah.
  18. Pembesar-pembesar Melayu & pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina dipanggil oleh Andrew Clarke untuk berunding di Pangkor.
  19. Tujuan – menamatkan kekacauan di Perak.
  20. Pembesar yang hadir – Raja Abdullah, Ngah Ibrahim & Dato’ Sagor
  21. Sultan Ismail tidak hadir kerana lambat menerima surat jemputan.
  22. Kapitan Chung Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San) merupakan antara pemimpin kongsi gelap Cina yang hadir. Mereka bersetuju untuk menghentikan pergaduhan & menerima pihak British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.
  23. Perjanjian Pangkor ditandatangi pada 20 Januari 1874.
  24. Perjanjian Pangkor menandakan bermulanya penguasaan British secara langsung dalam pentadbiran & ekonomi di Perak.
Perang Klang di Selangor
  1. Sultan Abdul Samad yg berkuasa di daerah Langat ditabalkan menjadi Sultan Selangor pada tahun 1857.
  2. Perang Klang tercetus pada masa pemerintahan baginda. Peristiwa ini membawa kepada campur tangan British.
  3. Raja Sulaiman – pembesar yg berkuasa di daerah Larut.
  4. Raja Sulaiman mangkat – daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah & bukannya kepada Raja Mahadi, iaitu putera Raja Sulaiman.
  5. Raja Mahadi tidak berpuas hati.
  6. Raja Abdullah telah memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang.
  7. Buruh-buruh Cina dibenarkan masuk.
  8. Lombong-lombong bijihbtimah di Kuala Lumpur & Ampang dibuka.
  9. Daerah Klang berkembang maju & menjadi pusat pengeluaran bijih timah menjelang 1860.
  10. Hal ini merupakan punca perebutan & perbalahan di Selangor.
  11. Raja Mahadi ingin menguasai daerah Klang yg pernah dikuasai bapanya.
  12. Disebabkan itu, perang saudara , Perang Klang tercetus.
  13. Perang ini kemudian merebak ke daerah-daerah lain
  14. Kumpulan Perlombongan Cina turut terlibat & memburukkan keadaan.
  15. Kegiatan perdagang di Selangor terjejas
  16. Tengku Kudin (menantu Sultan Abdul Samad) dilantik untuk menamatkan Perang Klang.
  17. Walau bagaimanapun, beliau tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor termasuklah Raja Mahadi.
  18. Hal ini adalah kerana beliau bukan anak negeri Selangor. Beliau ialah putera diraja Kedah.
  19. Untuk menamatkan kekacauan di Selangor, Tengku Kudin meminta bantuan dari luar termasuklah British.
  20. British telah mengambil kesempatan untuk terlibatuntuk terlibat dan selanjutnya mendesak sultan Abdul Samad agar menerima Residen British,namun British gagal.
  21. Pelunag british untuk mendesa Sultan Abdul Samad meetakkan selangor dibawah naungan British terbuka pada awal tahun 1870-an apabila berlaku dua peristiwa di perairan Selangor.
  22. 1873 – sebuah kapal dagang Brotish dalm perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak berdekatan dengan sKuala Langat
  23. Pada tahun 1874,rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang.
  24. G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama
  25. Frank Swettenham dilantik sebagai Penolong Residen

PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG,NEGERI SEMBILAN
  1. Sungai Ujong merupakan sebuah daerah yang kaya dengan biji timah di Negeri Sembilan
  2. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah daerah Sungai Ujong  pada tahun 1872
  3. Dato’ Bandar Kulop Tunggal merupakan seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sunagi Ujong
  4. Kedua-dua pembesar tersebut bersengketa dalam usaha mereka meluaskan kuasa di daerah tersebut
  • Mereka ingin menguasai Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama dari Sungai ujong ke pelabuhan Melaka
  • Pendapatan lumayan yang boleh diperoleh dengan memungut cukai ke atas pedagang yang melalui sungai Ujong
  1. Dato’Bandar mendapat sokongan kuat daripada sebahagian besar penduduk tempatan dan pelombong Cina di daerah Sungai Ujong .
    1. Dato’Kelana berasaskan kedudukan tidak terjamin.
    2. Beliau meminta bantuan British untuk mengukuhkan kedudukannya.
    3. Perjanjian menrima perlindungan British ditandatangani beliau pada tahun 1874
  • Dato’Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong.
  • British berkuasa penuh bagi mengutip cukai di Sinagi Linggi
  • J. Murray dilantik menjadi Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong
    1. Dato’Bandar tidak mengiktiraf perjanjian antara Dato’Kelana dengan British.
    2. Beliau menentang tindakan British mengumpul cukai di Sungai Linggi.
    3. British telah memberikan bantuan kepada Dato’Kelana untuk menewaskan Dato’Bandar .Dato’bandar ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.
    4. Daerah lain seperti Rembau,Jelebu, dan Seri Menanti seterusnya dikuasai British dengan cara menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di situ.
    5. Semua daerah didi Negeri Sembilan disatukan pada tahun 1895.
  • Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
  • Martin Lister dilantik sebagai Residen British yang pertama di Negeri Sembilan.
BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG
  1. Pahang merupakan negeri melayu terakhir yang menerima Residen British. Pahang bukan sebuah negeri yang kaya seperti negeri-negeri Melayu yang lain ,namun British mahu menguasainyan
  2. Hal ini bertujuan untuk menghalang kuasa Eropah lain bertapak di negeri-negeri Melayu pada kurun ke -19
  • Ketika itu,kuasa Eropah yang lain seperti Perancis,Rusia,dan Jerman berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara
  1. Sultan Ahmad dalam usaha mengelakkan Pahang daripada dijajajah oleh British telah mancontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor.
  • Baginda telah berusaha untuk membangunkan Pahang bagi menyekat peluasan pengaruh British
  • Pelabur-pelabur Eropah telah dibawa masuk untuk memajukan Pahang
  1. Tindakn Sultan Ahmad akan menjejaskan kepentingan British di negeri-negeri Melayu.Tindakan ini tidak disenangi oleh British dan merka berusaha untuk meluaskan pengatuh mereka di Pahang.
5.Antara langkah-langkah yang diambil  Btitish dalm usaha meluaskan pengaruh di Pahang :
  • Pada tahun 1886,Frank Swettenham dan Frederick Weld (Gabenor Negeri-negeri selat) memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetepi gagal.
  • Pada tahun1887,British dengan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor berjaya memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British.
  1. Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British
  2. Namun kuasa wakil British yang terhad menyebabkan British tidak berpuas hati
  3. Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.
  • Peristiwa ini digunakan British untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang
  • P. Rodger akhirnya diterima Sultan Ahmad sebagai Residen yang pertama .
7.Seperti negeri-negeri Melayu yang lain,penerimaan seorang Residen British bererti berakhirnya kedaulatan sultan.British melalui tindakan ini telah mila campur tangan secara langsung dalam pentadbiran.
  1. Perkembangan di Perak,Selangor,Negeri Sembilan, dan Pahang membuktikan bahawa keadaan yang tidak stabil dan tidak aman akan memberikan kesempatan dari British untuk bertapak.

2.3 RESIDEN MENGGUGAT KUASA SULTAN DAN PEMBESAR
  1. Sistem Residen telah diperkenalkan dengan campur tangan  British di Perak, Selangor,Negeri Sembilan, dan Pahang .
  2. Negeri-negeri tersebut dijadikan negeri naungan British
  3. Pelantikan seorang Residen bagi setiap negeri tersebut telah menggugat kuasa sultan dan pembesar.
Residen Menggugat Kuasa Sultan
Sultan terpaksa menerima nasihat Residen:
  • Residen menasihati sultan dalam semua perkara penradbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Nasihat Residen mesti fipatuhi dan dilaksanakan
Residen menguasai pentadbiran:
  • Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.
  • Hal ini bermakna sultan dan pembesar kehilanhan kuasa mereka.
Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai:
  • Pegawai British,iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil diberikan tanggungjawab memungut cukai.
  • Sebelim ini hak memungut cukai adalah di tangan sultan dan pembesar.
Residen campur tangan dalam hal adat:
  • Tindakn Residen menghapuskan amalan perhambaan dianggap melampaui bidang kuasa
  • Bagi sultan dan pembesar,amalan perhambaan merupakan adat turun-temutun dalm masyarakat Melayu tradisional.
Antara  Residen British
  • W.W. Birch(Perak)
  • G Davidson(Selangor)
  • P. Rodger(Pahang)
  • Martin Lister(Negeri Sembilan)

2.4 PENGUKUHAN KUASA BRITISH MELALUI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

1.Pemerintahan British di negeri Perak,Selangor,Negeri Sembilan, dan Pahang dijalankan secara tidak langsung melalui Sistem Residen
2.Sistem Residen dilaksanakan dengan tidak teratur dan mempunyai kelemahan.Antara kelemahan sistam ini ialah:
  • Residen tidak diberikan panduan yang jelas untuk menjalankan tugas.
  • Residen telah dikawal oleh Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura
  • Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang tersendiri.
3.kelemahan Sistem Residen membawa kepada perbentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau persekutuan 1896.Di bawah sistem ini, negeri Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan dalam sebuah pentadbiran yang seragam.
  1. Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkan pada 1 Julai 1896
  • Negeri Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi negeri bersekutu atau persekutuan 1896
  • Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Persekutuan.
  • Pentadbirannya diketuai oleh Residen Jeneral
  • Frank Swettenham dilantik menjadi Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama.
FAKTORKeterangan
Krisis kewangan Pahang·         Kebangkitan rakyat menentang pihak British telah meningkatkan perelanjaan negeri dan Pahang terpaksa menangung banyak hutang
·         Maalh kewangan Pahang dapat diringankan jika Pahang digabungkan dengan Perak dan Selangor yang lebih kaya
Perkongsian khidmat pakar·         Jika negeri-negeri tersebut digabungkan,bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera,juruukur,dan doktor dapat dikongsikan.
·         Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan.
Sistem perhubungan Penyeragaman pentadbiran membolehkan sistem perhugan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara negeri-negeri tersebut dapat dimajukan
Faktor keselamatanKkuatan dan pertahanan ketenteraan juga dapat diperkukuhkan jika negeri-negeri tersebut digabungkan


Antara syarat-syarat perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895
·         Raja-raja bersetuju untuk menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang dikenali sebagai negeri-negeri Melayu Bersekutu
·         Raja-raja berswtuju untuk menerima seorang pegawai British sebagai Resden Jeneral
·         Raja-raja bersetuju untuk mengikut naaihat Residen Jeneral da semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dn adat istiadat Melayu
·         Raja-raja bersetuju untuk memberi bantuan kpada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British.
·         Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga  menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.


2.5 PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MENCABAR KEWIBAWAAN SULTAN

1.Kuasa pentadbiran Persekutuan dipegang oleh Residen Jeneral.
  • Beliau berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
  • Sultan dikehendaki menututi nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali hal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
2.Jabatan-jabatan yang diketahui oleh pegawai British telah ditubuhkan pada peringkat kerajaan pusat.
  • Antara jabatan uang ditubuhkan ialah Jabatan Kehakiman ,Jabatan Kewangan,Jabatan perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
  • Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan tersebut dihadkan oleb pihak British
3.kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral
  • Rasa tidak puas hati telah disuarakan oleh mereka kepada pihak British
4.Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1897 untuk mengatasi masalh ini:
  • Ahli Dubar terditi daripada Pesuruhjaya Tinggi,raja-raja Melayu,Residen Jeneral, dan empat orang Residen.
  • Durbaryang pertama diadakan di Kuala Kangsar,Perak pada tahun1897.
  • Durbar yang kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun1903.
5.Dalam persidangan Durbar yang kedua, Sultan Idris(sultan perak) telah  mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan  mendesak agar raja-raja Melayu dikembalikan.
  • Sultan Idris juga mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
  • Baginda juga mendesak agar bahasa Melayu diiktiraf dan dijadikan bahasa rasmi.
6.akibat desakan tersebut,Majlis Mesyuarat Persekutuan telah menggantikan Durbar pada tahun 1909.
  • Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
  • Kerajaan British juga bersetuju jntuk menyerahkan semula kuasa pentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

No comments:

Post a Comment